Kakak nak mintak maaf dengan mama. Kakak takde niat nak lukakan hati mama. Kakak tak sanggup tengok mama nangis lagi hanya kerana kesalahan kakak. Mama, kakak mintak ampun. Kakak takde niat. Sumpah! Kakak tak jujur lagi dengan mama. Kakak taknak libatkan orang yang tak salah. Mama, kakak nak mama tahu. Kakak sayang mama sangat. Sampai tak terkata semua perasaan tu maa.
Walaupun air mata mama selalu jatuh hanya kerana kecuaian kakak. Kakak nak mama tahu, kakak sayang mama. Lebih dari semuanya. Kakak hargai semua pengorbanan mama. Pengorbanan yang tak ternilai harganya. Mama besarkan kakak sorang sorang. Mama korbankan kebahagiaan mama, hanya untuk kakak dan adik. Sampai sekarang, mama tetap tunjukkan senyuman mama kat kakak.
Walaupun kakak dah buat kesilapan terbesar pada mama. Mama simpan semua perasaan kecewa mama dan kesedihan mama bila mama tahu ape yang kakak buat. Kakak tak sangka mama setabah tu. Bila kakak ada masalah, mama cuba selesaikan. Mama cakap, kita kena pandai mainkan watak. Jangan tunjuk kelemahan kita kat orang. Kita kena kuat hadapi semua dugaan yang Allah bagi. Sebab Allah nak kita dekatkan diri dengan dea, Allah suka kita ingat dea, Allah suka kita minta tolong dengan dea.
Mama, kakak mintak ampun. Kakak sayang mama. Kakak tak tahu macam mane kakak nak bagitahu mama. Kesilapan yang kakak buat kali ni memang betul betul lukakan hati mama, tapi mama kuat terima semuanya. Kakak mintak maaf maaaa, mama jangan tinggalkan kakak. Mama boleh kan ada untuk kakak sampai bila bila? Kakak nak bahagiakan mama, walaupun sikit je kebahagiaan tu.
Walaupun kakak tak sekuat mama, kakak akan cuba bahagiakan mama lepasni. Mama, kakak tak tahu macam mane nak bagitahu mama semua ni. Kakak mampu taip je, kakak harap mama akan bace. Kakak nak mama tahu, kakak bahagia Allah kurniakan mama yang setabah mama. Kelukaan yang Allah bagi buat mama kuat hadapi hari hari mama. Walaupun kakak selalu buat mama terluka, tapi mama tetap ada untuk kakak. Mama kena tahu, yang kakak tak pernah sunyi bila mama ade dengan kakak.
Mama, ampunkan dosa dosa kakak. Halalkan semuanya yang pernah mama bagi pada kakak. Tak tertaip semuanya maa, mama kena tahu yang kakak betulbetul terluka bila tengok mama menangis tapi mama boleh senyum untuk kakak lepas ape yang jadi. Mama tabah hadapi semuanya, sedangkan kakak tak. Mama yang terbaik yang pernah kakak ade. Kakak harap kakak dapat bahagiakan mama satu hari nanti, InsyaALLAH. Beribu ganti pon tetap takde yang boleh gantikan tempat mama :) *with a hug*
# Alhamdulillah